Monday, 6 March 2017

Tersilap Cubaan Rogol


Kota Kinabalu ; Mangsa yang dikenali sebagai Alice Lien Hua,20, tekad berani mati menyerang 2 lelaki yang bersenjatakan pisau yang cuba hendak meragut dan merogol mangsa.

Mangsa yang hendak pulang ke rumah pada pukul 11.40 malam pada 4 mac 2017, memandu seorang diri dari rumah saudaranya di Penampang. Apabila tiba di jalan Putatan berdekatan sungai Petagas, mangsa memberhentikan kenderaannya di tepi jalan kerana perasan telah diekori oleh dua individu yang tidak dikenali menunggang sebuah motosikal.


Disebabkan bimbang, mangsa memberi laluan kepada dua individu yang mengekorinya. Dua lelaki tersebut berhenti di hadapan kenderaanya dan mengarah supaya membuka cermin kereta.

Tanpa ada perasaan takut, mangsa terus keluar dari kenderaan dan bertanya. Tiba-tiba salah seorang dari lelaki tersebut menghunus pisau dan meminta duit. Namun mangsa enggan memberi. Berang dengan jawapan dari mangsa, salah seorang dari lelaki tersebut terus menarik mangsa dan hendak dibwa ke dalam semak . Manakala seorang lagi masuk ke dalam kenderaan mangsa untuk mengambil beg mangsa.


Mangsa tekad untuk bertindak melawan dan dua lelaki tersebut terus koma di tempat kejadian. Orang awam yang lalu di kawasan tersebut terus memberhentikan kenderaan. Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan cuma terkena satu tumbukan yang tidak seberapa kuat di bahagian atas keningnya.

Sumber dari orang awam, kemungkinan dua lelaki tersebut adalah penagih dadah. Pihak polis yang tiba di tempat kejadian mengesahkan saspek adalah pendatang asing dan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Dua saspek tersbut masih belum sedar ketika dibawa ke KPJ, Luyang dan masih dalam tahanan. Manakala mangsa, dibawa ke Pejabat Polis Kota Kinabalu bagi membuat laporan penuh.
--
Comments
0 Comments
--

No comments:

Post a Comment