Wednesday, 18 October 2017

4 lagi Jalan raya bertingkat akan di bina di Kuching


Kuching: Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan Lo Khere Chiang berkata, empat lokasi di kawasan Padawan telah dikenalpasti untuk projek jalan bertingkat mulai tahun ini.

Kawasan tersebut adalah persimpangan di Batu empat, Batu enam (Kuching Sentral), Kota Sentosa dan  Batu 9 (Kem tentera Penrissen).

Menurutnya lagi kajian tanah dan pembinaan jalan bertingkat  tersebut telah dilaksanakan.

Projek jalan bertingkat ini termasuk dalam perancangan Lebuh Raya Borneo.

Pembinaan empat jalan bertingkat tersebut dapat mengurangkan kesesakan lalulintas memandang kawasan tersebut merupakan jalan utama masuk dan keluar dari Bandaraya Kuching.